" WAQAF BUAT PEJUANG DI MEDAN ILMU "
JOM BERWAQAF DEMI PELAPIS DAN PENERUS
GENERASI ALIM ULAMA BAGI KEBAIKAN UMMAT
Alhamdulillah, MAAHAD TAHFIZ DARUL HADIS BONGAWAN di Sabah ini adalah salah satu cawangan daripada Madrasah Darul Hadis ( DARSA ) yang diasaskan oleh Tuan Guru Syikeh Zainul Asri Hj Romli di Kedah. Kami amat berharap kepada semua dermawan yang sudi berkongsi sebahagian rezeki bersama kami bagi menyiapkan pembinaan bangunan asrama dan Pondok Modern Darul Hadis Bongawan demi kelangsungan pembelajaran ilmu agama disini.
Gambar illustrasi 3D bagunan Madrasah Darul Hadis Bongawan yang bakal dibina. In sha allah.
Maahad ini adalah cawangan bagi Pusat Pengajian Darul Hadis yang diasaskan oleh Tuan Guru Syeikh Zainul Asri, di Kedah. Oleh itu, cawangan yang sedang dalam pembinaan ini, diuruskan oleh Ustaz Zakaria Haji Salleh. Misi madrasah ini adalah MEMBINA GENERASI ULAMAK SABAH yang mahir dengan ayat-ayat Al Quran dan hadis sebagai tempat rujukan bagi orang ramai.
Sempena dengan Bulan Ramadan ini, marilah kita bersama meringankan kos pembinaan Maahad Tahfiz Darul Hadis Bongawan supaya segala perancangan maahad dapat dijalankan dengan lancar. Di maahad, pelajar akan menghafaz 30 juzuk Al Quran di samping memantapkan pengajian Kitab Turath dan juga mahir dengan ilmu hadis. Untuk permulaan, maahad akan menerima pendaftaran pelajar sebanyak 30 orang dan InsyaAllah akan dibuka kepada 300 orang pelajar selepas semuanya sudah siap sepenuhnya.
Alhamdulillah, pihak madrasah sudah pun mendapat tanah waqaf dengan keluasan 1.5 ekar daripada penduduk setempat. Proses meratakan tanah juga telah bermula pada 14 Mac 2021. Projek pembinaan yang menelan kos belanja sebanyak 3 Juta ringgit ini dijangka siap pada penghujung tahun 2023 bergantung kepada dana pembinaan. Semoga dengan usaha ini, kami dapat mengumpul jumlah sumbangan yang diperlukan dalam tempoh yang ditetapkan. Madrasah juga telah bernaung di bawah Madrasah Darul Hadis Malaysia supaya lebih ramai yang tahu cawangan madrasah ini.
Alhamdulullah, tapak pembinaan yang tengah dalam proses bagi meratakan tanah yang diwaqafkan oleh orang tempatan.
agi mengikuti perkembangan boleh follow fb page madrasah dengan menekan link ini : https://bit.ly/32xOKBF
Sumbangan yang kami perolehi adalah 100% daripada sumbangan orang ramai. Kami juga telah hebahkan di dalam kuliah surau/masjid dan media social bagi mempercepatkan proses kutipan sumbangan. Matlamat madrasah adalah untuk melahirkan generasi pelapis ulamak khususnya di negeri Sabah, supaya agama islam di negeri ini dapat berkembang dengan pesat.
Mereka ( Alim ulama ) telah mengorbankan kehidupan mereka untuk tugas yang mulia ini iaitu mendidik dan mengajar kembali masyarakat mengikut jalan yang betul menuju terus supaya berlaku taat dan bertaqwa kepada Allah swt.
Sesiapa bersama sama membantu mereka, maka Allah akan bersamanya dalam urusanya dan baginya pahala seperti orang yang mengajar dan belajar.
Oleh itu kami mengajak tuan puan didalam bulan yang Ramadan yang mulian ini untuk turut sama dalam usaha baik demi agama ini supaya masyarakat ummat islam semua kembali kepada Allah Jalla Jalaaluh.
KEPENTINGAN BERWAQAF
Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui.
(Surah Al-Imran,92)
MASUK SYURGA DENGAN PINTU SEDEKAH
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.”
(Riwayat Al-Bukhari - 1897 dan Muslim - 1705)
BERWAQAF DALAM BULAN RAMADAN, ALLAH GANDAKAN PAHALA BERLIPAT KALI GANDA
Pada bulan ini Allah SWT telah memilih suatu malam yang sangat tinggi nilainya, iaitu malam al-Qadar atau ‘Lailatul Qadar’. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat. Allah telah memfardhukan atas kamu berpuasa di dalamnya. Dibuka di dalamnya segala pintu Syurga, dikunci di dalamnya segala pintu Neraka dan dibelenggu di dalamnya segala syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (malam lailatul qadar). Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sesungguhnya tidak diberikan kebajikan kepadanya”
(Riwayat Ahmad, An-Nasa’i dan Al-Baihaqi dari Abu Hurairah)
“Semua amal (soleh yang dikerjakan) manusia dilipatgandakan pahalanya, satu kebaikan diberi ganjaran sepuluh sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman: “Kecuali puasa (ganjarannya tidak terbatas), karena sesungguhnya puasa itu (khusus) untuk-Ku dan Akulah yang akan memberikan ganjaran (kebaikan) baginya.”
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Ini sesuai dengan dalil Al-Qur’an yang menjelaskan bahawa maksudnya; “Bandingan pahala orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai itu pula mempunyai seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas rahmat kurnia-Nya, lagi Meliputi Ilmu Pengetahuan-Nya. ”
(Surah al-Baqarah ayat 261)
MARILAH BERWAQAF, UNTUK IBU BAPA DAN DIRI SENDIRI
BERWAQAFLAH DI BULAN RAMADAN
PASTI ALLAH AKAN TAMBAHKAN REZEKI ANDA
Jika anda nak terus berwaqaf
KERANA WAQAF BOLEH MENJAMIN MASA DEPAN ANDA DI AKHIRAT
Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.
Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab wasiyyah, jld. 11, hlm.87.
Sila bacakan akad waqaf seperti dibawah :
" Saya dengan ini berwaqaf /sumbangan sebanyak ( Jumlah wang yang diwaqafkan ) atas nama ( niat waqaf atas nama siapa ) salurkan untuk kos pengurusan pembinaan Maahad Tahfiz Darul Hadis Bongawan kerana Allah swt "
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat dibawah dan boleh terus buat tranksaksi waqaf megikut kemampuan tuan puan yang ingin diberikan.
( Sekiranya anda menggunakan online transfer mohon jasa baik tulis " MDHB " di bahagian
Reference Details/Payment Details.)
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 148;
“Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblatnya sendiri) yang mereka menghadap ke arahnya (ketika solat). Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua (pada hari kiamat untuk menerima balasan). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh lah berhubung dengan pembantu Maahad Tahfiz Darul Hadis Bongawan.
Sila tekan link whatsapp di bawah