Akaun maahadtahfizdarulhadisbongawan.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

AYUH BANTU KAMI MENYIAPKAN PEMBINAAN MAAHAD TAHFIZ DARUL HADIS BONGAWAN SABAH

Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Darul Hadis Bongawan di Sabah ini adalah salah satu cawangan daripada Madrasah Darul Hadis (DARSA) yang diasaskan oleh Tuan Guru Syeikh Zainul Asri Hj Romli di Kedah. Kami amat berharap kepada semua dermawan yang sudi berkongsi sebahagian rezeki bersama kami bagi menyiapkan pembinaan bangunan asrama dan Pondok Modern Darul Hadis Bongawan demi kelangsungan pembelajaran ilmu agama disini.

Misi maahad ini adalah MEMBINA GENERASI ULAMA' di SABAH yang mahir dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis sebagai sumber utama dan mengajar pula pada orang ramai.

 

Di sini, pelajar akan menghafaz 30 juzuk Al Quran di samping memantapkan pengajian Kitab Turath dan hadis. Cawangan yang sedang dalam pembinaan ini, akan diuruskan oleh Ustaz Zakaria Haji Salleh.

 

Alhamdulillah, pihak madrasah telah menerima tanah waqaf dengan keluasan 1.5 ekar daripada penduduk setempat. Namun, projek pembinaan yang menelan kos belanja sebanyak 3 Juta ringgit ini berjalan dengan sangat perlahan.

SEDEKAH ADA BANYAK FADHILAT

DAPAT 700 KALI GANDA DISISI ALLAH

 

Firman Allah ; “Bandingan pahala orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai itu pula mempunyai seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas rahmat kurnia-Nya, lagi Meliputi Ilmu Pengetahuan-Nya.”

(Surah al-Baqarah ayat 261)

DAPAT MASUK SYURGA DENGAN PINTU SEDEKAH

 

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.”
(Riwayat Al-Bukhari - 1897 dan Muslim - 1705)

MENJAUHKAN DARI AZAB API NERAKA

 

“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.” 

(HR Ahmad)

MARILAH BERWAQAF,

BUAT DIRI SENDIRI/IBUBAPA/ORANG TERSAYANG

 

KERANA HARTA YANG KEKAL JADI MILIK KITA ADALAH HARTA YANG KITA BELANJAKAN UNTUK AKHIRAT