" BERWAQAF UNTUK PENCINTA ILMU DENGAN PEMBINAAN
MAAHAD TAHFIZ DARUL HADIS BONGAWAN "
RAHSIA PAHALA BERTERUSAN ADALAH DENGAN BERWAQAF
PAHALA DITULIS DALAM BUKU AMALAN SEHINGGA HARI KIAMAT
(Syeikh Zainul Asri membacakan doa sempena permulaan projek meratakan tanah)
Alhamdulillah, MAAHAD TAHFIZ DARUL HADIS BONGAWAN di Sabah ini adalah salah satu cawangan daripada Madrasah Darul Hadis (DARSA) yang diasaskan oleh Tuan Guru Syikeh Zainul Asri Hj Romli di Kedah. Kami amat berharap kepada semua dermawan yang sudi berkongsi sebahagian rezeki bersama kami bagi menyiapkan pembinaan bangunan asrama dan Pondok Modern Darul Hadis Bongawan demi kelangsungan pembelajaran ilmu agama disini.
(Gambar illustrasi 3D bagunan Madrasah Darul Hadis Bongawan yang bakal dibina. In sha allah.)
Maahad ini adalah cawangan bagi Pusat Pengajian Darul Hadis yang diasaskan oleh Tuan Guru Syeikh Zainul Asri, di Kedah. Oleh itu, cawangan yang sedang dalam pembinaan ini, diuruskan oleh Ustaz Zakaria Haji Salleh. Misi madrasah ini adalah MEMBINA GENERASI ULAMAK SABAH yang mahir dengan ayat-ayat Al Quran dan hadis sebagai tempat rujukan bagi orang ramai.
Dengan rezeki yang ada ini, marilah kita bersama meringankan kos pembinaan Maahad Tahfiz Darul Hadis Bongawan supaya segala perancangan maahad dapat dijalankan dengan lancar. Di maahad, pelajar akan menghafaz 30 juzuk Al Quran di samping memantapkan pengajian Kitab Turath dan juga mahir dengan ilmu hadis. Untuk permulaan, maahad akan menerima pendaftaran pelajar sebanyak 30 orang dan InsyaAllah akan dibuka kepada 300 orang pelajar selepas semuanya sudah siap sepenuhnya.
Alhamdulillah, pihak madrasah sudah pun mendapat tanah waqaf dengan keluasan 1.5 ekar daripada penduduk setempat. Proses meratakan tanah juga telah bermula pada 14 Mac 2021. Projek pembinaan yang menelan kos belanja sebanyak 3 Juta ringgit ini dijangka siap pada penghujung tahun 2023 bergantung kepada dana pembinaan. Semoga dengan usaha ini, kami dapat mengumpul jumlah sumbangan yang diperlukan dalam tempoh yang ditetapkan. Madrasah juga telah bernaung di bawah Madrasah Darul Hadis Malaysia supaya lebih ramai yang tahu cawangan madrasah ini.
(Alhamdulullah, tapak pembinaan ini dalam proses bagi meratakan tanah yang diwaqafkan oleh orang tempatan.)
bagi mengikuti perkembangan boleh follow fb page madrasah dengan menekan link ini : https://bit.ly/32xOKBF
Sumbangan yang kami perolehi adalah 100% daripada sumbangan orang ramai. Kami juga telah hebahkan di dalam kuliah surau/masjid dan media social bagi mempercepatkan proses kutipan sumbangan. Matlamat madrasah adalah untuk melahirkan generasi pelapis ulamak khususnya di negeri Sabah, supaya agama islam di negeri ini dapat berkembang dengan pesat.
Mereka ( Alim ulama ) telah mengorbankan kehidupan mereka untuk tugas yang mulia ini iaitu mendidik dan mengajar kembali masyarakat mengikut jalan yang betul menuju terus supaya berlaku taat dan bertaqwa kepada Allah swt.
Sesiapa bersama sama membantu mereka, maka Allah akan bersamanya dalam urusanya dan
baginya pahala seperti orang yang mengajar dan belajar.
Oleh itu kami mengajak tuan puan untuk Berwaqaf turut sama dalam usaha baik demi agama ini supaya masyarakat ummat islam semua kembali kepada Allah SWT.
BAHAGIALAH SIAPA YANG BERINFAQ DI JALAN ALLAH
DAPAT MASUK SYURGA DENGAN PINTU SEDEKAH
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“
Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga.
“Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa.
Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.”
(Riwayat Al-Bukhari - 1897 dan Muslim - 1705)
DERMA RM1 DAPAT 700 KALI GANDA DISISI ALLAH
Ini sesuai dengan dalil Al-Qur’an yang menjelaskan bahawa maksudnya; “Bandingan pahala orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai itu pula mempunyai seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas rahmat kurnia-Nya, lagi Meliputi Ilmu Pengetahuan-Nya. ”
(Surah al-Baqarah ayat 261)
MARILAH BERWAQAF, BUAT DIRI SENDIRI ATAU IBUBAPA
KERANA REZEKI AKAN LEBIH BERTAMBAH DAN DIBERKATI
Jika anda nak terus berwaqaf
Sila bacakan akad waqaf seperti dibawah :
" Saya dengan ini berwaqaf /menyumbang sebanyak ( Jumlah wang yang diwaqafkan ) atas nama ( niat waqaf atas nama siapa ) salurkan untuk kos pengurusan pembinaan Maahad Tahfiz Darul Hadis Bongawan kerana Allah swt "
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat dibawah dan boleh terus buat tranksaksi waqaf megikut kemampuan tuan puan yang ingin diberikan.
( Sekiranya anda menggunakan online transfer mohon jasa baik tulis " MDHB " di bahagian
Reference Details/Payment Details. )
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 148;
“Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblatnya sendiri) yang mereka menghadap ke arahnya (ketika solat). Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua (pada hari kiamat untuk menerima balasan). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh lah berhubung dengan pembantu Maahad Tahfiz Darul Hadis Bongawan.
Sila tekan link whatsapp di bawah